Ahad, 17 Mac 2013

X-LOSS PURE TEA BERRY JUICE

NOW TRENDING !!!!!! XLoss Pure Teaberry Juice by Felinna Beauty.

Apakah Xloss ini ? 
Ianya produk yang hebat dan berkesan untuk kurus, langsing, mencerahkan kulit wajah dan badan secara semulajadi, menghilangkan kedutan dan juga mampu membuang toksin berlebihan dengan selamat! Cubalah hari ni dan lihat keberkesanannya!!

 Proven from scientist! Best quality product!

Kenapa X LOSS menjadi pilihan FELINNA?

Kerana ramuan 5 dalam 1 yg mampu membuatkan pengguna tidak perlu mengamalkan pelbagai makanan atau minuman kesihatan lain serta kandungan bahan2 berkualiti tinggi serta pemprosesan yg bersih, kemas, teratur dan sistematik menjadi keutamaan.

Lengkap dengan Halal serta Kelulusan KKM. LULUS MESTI DAN SEDAP!

Setelah mengedarkan tester kepada beberapa orang sebagai testimoni... feedback yg kita dapat ialah :
'Sangat sedap kak fel!'
'Rasa ringan dan senang membuang walau hanya 1 sachet'
'Yg paling ketara.. saya rasa energetic'
'Saya hilang 3 kg in a week! Xcukup lah set percubaan tu..I want moreee!'
'Xtau nak komen apa tp saya yakin ianya akan membuatkan ramai repeat order . insyaAllah'
'Sedapp sangattt rasa sampai xtahu nak cakap camne kalau org tanya'


RETAIL PRICE
RM119.90 (SM) /
20 sachet
RM129.90 (SS) / 20 sachet

TEMPAHAN RUNCIT DI BUKA SEKARANG 


Produk yang berkualiti adalah keutamaan...tetapi kepuasaan hati pengguna adalah lebih diutamakan!

DOCTOR ANTARABANGSA juga percaya yang teavigo boleh mengurangkan berat secara selamat.

Dr. Sven Wolfrom (yang menulis extensive on green tea and weight loss) conducted a mice study in 2005. melihat mice yang mengamalkan teavigo adalah kurang mempunyai masalah obes walaupun memakan makanan yang mengemukkan. beliau membuat kesimpulan bahawa "teavigo sepatutnya menjadi salah satu bahan semulajadi yg berharga sebagai salah satu cara mengubati masalah obesiti."
TERBUKTI (Dengan izin Allah)

Jumaat, 15 Mac 2013

Bestnye berhari minggu

Xsabarnye nak tunggu Ahad!!  sebab hujung minggu adalah hari keluarga. Saya, hubby, annas serta adik beradik lain akan balik umah ma abah, berkumpul ramai2. Walaupun sekadar balik lepak2 kat umah, layan cite kat tv, layan anak2 buah & tdo je tp saya sgt2 seronok & bahagia. Paling penting dapat makan masakan ma yg tersangat BEST..

Aidilfitri 2011

Bile perhati & dengar kisah2 keluarga orang lain yg bermasalah, saya amat bersyukur kerana dilahirkan dlm keluarga yg bahagia, aman & sentiasa harmoni. Ma abah yg penyayang & caring serta adik beradik yg kecoh tetapi masih mhormati antara satu sama lain (wahh terharu, cam nak nangis plak huhu).


Anak2 kesayangan saya (Annas, Kakak, Putri & Aren)

Ma tersayang

 
Abah tercinta

Jumaat, 8 Mac 2013

10 CARA MENGAJAR BAYI CEPAT BELAJAR


Bayi kecil tidak semestinya tidak boleh diajar. Jika anda mahu bayi anda menjadi pintar, anda perlu bersedia untuk melakukan apa sahaja untuk membantu bayi anda mencapai sepenuhnya potensi dirinya.

Annas Rifqi Ersyad
Pengulangan
Bayi cepat belajar jika anda sentiasa melakukan pengulangan secara konsisten. Sebagai contoh, jika anda mahu mengajar bayi anda tentang warna, sebutkan warna itu misalnya warna biru. Begitu juga dengan abjad atau nombor. Jika anda terjumpa abjad atau nombor, sebutkan dengan kuat. Biarkan bayi anda mendengar. Jika anda lakukan secara kerap, bayi akan cepat belajar. Anda juga boleh cuba meletakkan sekumpulan barang berwarna sama di hadapan bayi anda. Seterusnya sentiasa mengulangi warna itu. Ini adalah teknik pengajaran yang terbaik untuk bayi. Minda anak anda adalah seperti ‘span’ pada usia ini, ia menyerap apa sahaja pengajaran yang diberikan kepadanya. Sekarang, terpulang kepada anda untuk mengisi dengan ilmu yang berguna.

Jangan Berbahasa Bayi!
Goo goo agaa gaa! Bahasa bayi yang begitu mengkagumkan dan ia sememangnya sangat menarik apabila anda melihat bayi comel berbahasa begitu. Tetapi jangan ikut bahasa bayi anda, jika anda ingin mengajarnya berkomunikasi. Cara ini memang sukar, tetapi inilah cara mengajar yang betul untuk bayi anda bercakap. Cuba jangan bercakap bahasa bayi apabila bersama dengannya. Cuba bayangkan anda sedang bercakap dengan orang dewasa. Paling bagus bercakaplah dengan menggunakan bahasa yang betul. Daripada anda menggunakan 'ne ne' yang mewakili susu atau 'ma mam' untuk makan. Anda pasti teruja bila bayi anda dapat belajar dengan pantas bahasa yang betul.

Ganjaran
Seperti anak anda yang sudah besar, bayi juga suka diberi ganjaran. Mereka suka memberi pujian, memeluk dan menciumnya. Cubalah anda berkata ‘adik pandai’ sambil menepuk tangan, apabila bayi anda berjaya memasukkan blok mainan dalam kotak kecil. Pasti bayi anda menunjukkan riak wajah gembira kepada anda. Apa yang pasti, bayi suka dibelai dan dimanja dengan ucapan sayang. Bayi sangat suka jika dirinya dipeluk dan diberi ciuman. Selain itu, anda juga boleh memberikan ganjaran dengan memberikan biskut kegemarannya jika dia melakukan apa yang anda suka.

Bacakan Buku
Anda pastinya sudah biasa dengan cara ini, tetapi inilah cara istimewa untuk mengajar anak anda mengenal buku dan melatihnya untuk suka membaca buku. Bacalah kepadanya walaupun dia belum faham apa yang anda bacakan. Sambil bayi anda duduk di atas riba anda, pegang tangannya untuk dia merasai buku itu. Tetapi kadang kala, bayi anda mungkin akan mengiggit buku, biarkan dia melakukan begitu, namun pastikan buku itu jenis kain. Dalam pada itu, teruskan membacakan buku kepadanya supaya dia suka membaca buku. Bayi anda akan cuba meniru anda membaca buku dan mungkin akan membaca sendiri nanti.

Mula Awal
Ajarlah anak anda pada awal usianya. Perkenalkan perkara baru kepada anak anda. Jangan menunggu pada usia 3 atau 4 tahun baru hendak mula mengajarnya abjad, nombor dan objek-objek di sekelilingnya. Anda harus lakukan pengajaran sekarang! Bayangkan anak kecil anda boleh mengenal nombor, huruf atau warna pada awal usianya. Pasti anda gembira dengan kecemerlangannya.

Bersabar
Percayalah anak anda tidak akan pintar jika anda tidak menggunakan kaedah-kaedah yang dinyatakan seperti di atas secara konsisten. Namun anda kena bersabar untuk melakukannya kepada anak anda. Jangan putus asa, jika anda tidak mendapat melihat perubahan anak anda. Terus melakukan pengajaran sehingga anak anda pandai.

Penerokaan
Biarkan bayi anda melakukan penerokaan di sekelilingnya. Biarkan dia belajar memegang, merasa, menghidu bau, mendengar dan melihat. Misalnya untuk bau anda boleh sediakan bunga ros, buah epal untuk dia pegang dan puppet kecil untuk dia melihat. Namun pastikan ruang penerokaannya itu selamat untuk anak anda belajar dengan selesa dan gembira.

Belajar Dengan Gembira
Mengajar anak bukan sesuatu yang membosankan! Nyanyilah lagu dan aktiviti yang menyeronokkan untuk membantu anak anda belajar dengan gembira. Bayangkan, anda akan dapat melihat anak anda dapat belajar dengan cepat untuk mengambil barang dalam bekas permainannya. Lakukan ia setiap hari. Pasti anak anda dapat melakukan dengan baik sekali.

Permudahkan
Jangan meletakkan harapan yang terlalu tinggi kepada anak anda supaya dapat mengikut arahan anda dengan betul. Dia masih kecil, berilah dia masa untuk melakukannya. Jangan biarkan dia duduk sehingga 4 jam untuk belajar abjad. Lakukan aktiviti yang ringkas dan mudah dalam tempoh masa yang pendek antara 5 hingga 10 minit untuk mengelak anak anda mudah berasa bosan.

Teruskan! 
Untuk memastikan anda berjaya mengajarnya dengan baik, lakukan pengajaran setiap hari. Jangan putus asa. Ingat anda sedang mengajar anak kecil, bukannya anak yang besar yang sudah boleh berdikari. Pengajaran satu atau dua minggu tidak mencukupi untuk anak anda. Oleh itu, lakukan ia sebagai rutin harian untuk dia mengenal tentang persekitarannya. Lakukan dengan konsisten dan fokus supaya pembelajaran ini berjaya dengan cemerlang.


Kredit to PA&MA

Cinta hati mama